Announcement

To all beloved frenz! Whoever want to post any information, you are pleased to do so by email to admin at alumni.kac@gmail.com.
Best remind! We will not edit your posting. Please do proper posting before you email to admin.
Thank you!

Thursday, August 19, 2010

Berbuka Puasa 2010 Di Buffet Ramadhan KGPA

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Apa khabar rakan2 semua? Masih kuat berpuasa atau sudah ada yang apply cut? hehehe...

So, staright to the point..
Seperti tahun2 yang sudah, tahun ini rakan2 kita sudah decide untuk berbuka di KGPA, Bukit Kiara pada 28 Ogos 2010. Ada kelapangan pada tarikh tersebut? Harap2 tahun ini penyertaan semakin bertambah. Lagi ramai lagi meriah!

Dengan 200 menu terbuka dan deretan gerai2, memang menarik buffet KGPA ini. Harga cukup berpatutan, murah dibanding dengan buffet lain, RM48+ sahaja. Yang menariknya RM1 akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. Sambil makan tak sengaja lak buat amal kan.. hehehe..

(click image to enlarge)

untuk info lanjut berkenaan buffet KGPA, KLIK

Sesiapa yang ingin turut serta boleh hubungi :

Khairun Naiem : 019 - 251 3678 / 012 - 312 9417

Keagungan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Tuesday, August 3, 2010

Kelainan Alumni KAC untuk Ramadhan 2010

Eh, Eh, Eh, bulan pose nak dekat lah! =)

sy ada planing nak buat kelainan sikit bulan pose nih. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Pe kelainannya? InsyaAllah jika rame bersetuju untuk joinventure kita akan berbuka bersama anak yatim dan fakir miskin bulan nih. Satu ahli yang join akan menaja seorang anak yatim. MasyaAllah, pahalanya double triple beb.. Amacam? Best tak?

Untuk komen2 boleh msg / calling:

Khairun Naiem - 019 - 251 3678 / 012 - 312 9417

Sunday, July 25, 2010

Majlis Hari Raya 2010 bersama KAC

Assalamualaikum semuaa....

Terlebih dahulu diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yg bakal menjengah kita semua lebih kurang 15 hari lagi drp kami di KAC..semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua InshaAllah.....

Oh ya, utk pengetahuan sahabat2 sekalian, KAC bakal menganjurkan MAJLIS HARI RAYA 2010 bersama bekas2 pelajar Perakaunan dan majlis tersebut bakal diadakan di KUIS....

Tarikh dan acara program masih lagi dalam perbincangan dan pihak KAC amat mengalu2kan sebarang cadangan drp anda semua utk memantapkan lagi majlis ini. Cadangan berkaitan dengan tarikh, acara program dan lain2 lagi yang dirasakan bersesuaian dgn majlis kita nanti boleh lah diusulkan kpd admin di alamat email (alumni.kac@gmail.com)....

Sekian dahulu utk kali ini, sehingga berjumpa lagi dan Selamat Berpuasa semuaaa!!!






Friday, June 25, 2010

Farhaini Binti Ismail Bertunang 26/06/2010

No 7, Jalan 4C/4, Taman Kelisa, Ulu Yam Baru

Salam...

Hah, pelik sume tengok map kat atas. Apa jadahnya tibe2 admin post map nih?? =p
Ini lah dia map ke rumah Farhaini Binti Ismail.

Farhaini @ Farah kecik akan bertunang esok 26/06/2010 dengan saya.. Waaaaaa (kecewe). =p
Pada teman2 yang ingin bertandang bolehlah plan hari ini k. Majlis dari jam 12tgh - 5 petang (lamenyer!)

Tuesday, June 1, 2010

Laporan Percutian ke Terengganu & Kelantan (28-30 Mei 2010)


Salam,

Alhamdulillah, rombongan percutian ke terengganu & kelantan selamat pada 28-30 Mei 2010 berlansung dengan jayanya.. Sungguh hebat dan puas hati.. !

InsyaAllah, akan ada lagi event yang seumpanya di masa akan datang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula di R & R Genting pada jam 1 pagi. Setelah semuanya ada kami bertolak menuju ke terengganu. Perjalanan malam dan berkabus tebal kami harungi dengan selamat dan gembira.

Rombongan selamat tiba di Rumah Nieta pada jam 9 pagi. Terima kasih kepada Nieta dan keluarga kerana menyambut kami dengan ramah. Sempat kami menjamah bihun goreng yang di buat oleh nieta dan mengabiskan air telaga rumah nieta (kami tumpang mandi rumah nieta).

Seterusnya kami berangkat ke Kelantan setelah tidak berpuas hati dengan accomodition yang disediakan homestay di Terengganu. Banyak tempat kami lawati di Kelantan selama 2hari kami disini.

Jumaat malam 28/5/2010 kami ke Wakaf Che Yah - makan dan bershoping. Yei, agak murah disini bila ada translator Fadli dan Nieta =)

Sabtu 29/5/2010 - kami berangkat ke Rantau Panjang (shoping lagi) dan Pasar Siti Khadijah (juga shoping) sebelum makan malam di rumah mertua Nuar (seram jalannya). Kemudian kami melhap ikan bakar di Pasar Puteh.

Sebelum berangkat pulang pada hari Ahad 30/5/2010, kami singgah di Pasar Payang, Terengganu untuk shoping batek dan Kampung Keropok Losong, beli keropok losong (murah 1-20 sen) & melawat Masjid Kristal. Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Marang, terengganu makan Ikan Bakar untuk mengisi perut & menikmati pemandangan matahari terbenam.

Rombongan kami selamt tiba di Tol Genting pada jam 3pagi. Alhamdulillah, semua rakan2 selamat tiba di rumah masing2.

Rombongan merakam setinggi penghargaan kepada 2 sahabat kami Fadli dan Nieta kerana bertungkus lumus memastikan event ini berjaya.

Sekian, terima kasih kepada semua kawan2 yang terlibat =)

sahabat yang bersama: Mazli, Fadli, Naim, Azmil, Ida, Nieta, Miqdad, Hanim, Nuar, Ila (isteri nuar), Adam (anak Nuar)

p/s insyAllah, dengar bisik2 akan ada event bulan Syawal nanti =)

Monday, April 12, 2010

Percutian ke Pantai Timur Makin Hampir

Salam to all frens.. =)

Bgaimana persiapan semua untuk percutian kali ini. Semakin dekat dengan tarikh semakin berdebar. Tak sabar rasenyer nak berkumpul dengan semua kembali. Sedikit pesanan, duit gaji bulan ini simpan2 lah untuk bershopping de Kelantan nanti =)

Update untuk semua: Kita akan bergerak dari Selangor ke Pantai timur Jumaat pagi dan bermukim di Terengganu sebelum berangkat ke Kelantan pagi sabtu. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang perjalanan percutian kita nanti k.

Jumpa Semua di sana.. =)

Monday, February 1, 2010

Walimatul Urus - Perkahwinan Hani Melaka

Salam.....

Jemputan kahwin lagi! Saya dan mungkin rakan2 dah terima jemputan kad dari teman alumni kita Nurhani. BMajlisnya akan berlansung pada 13 Februari 2010 di Melaka. Jom kita luangkan sedikit masa untuk memeriahkan majlis. Pastu leh pusing2 bandar Melaka pulak sambi; mengimbau kenangan lama. =)

buat yang xkenal atau lupa siapa hani... cube bedah siasat gambar bawah nie =)

Wednesday, January 27, 2010

Reunion 2010: Percutian Pulau Redang (eps 4)

Salam.. Road to our Reunion makin hampir. So, pihak admin nak confirmation yang seconfirmnya.

Siapa yang confirm join sila sms ke Miqdad 012-3644762...
Saudara Miqdad dan Nieta nak booking place dan aturkan yang terbaik untuk alumni.

Atucara yang dibincangkan:

Jumaat bergerak ke Terengganu----
Aktiviti besar Candat Sotong dari petang Jumaat ke Sabtu pagi di tengah Laut China Selatan----
Selepas iti bergerak ke Homestay dan berehat-----
Petang Sabtu aktiviti bebas, pusing Terengganu dan penyediaan BBQ-----
Malam hari pelbagai aktiviti dan BBQ sehingga lewat pagi-----
Ahad pagi Pusing2 Terengganu dan pulang-----

Sebarang cadangan dipertimbangkan

Sebarkan kepada umum. Tq =)

Monday, January 4, 2010

Reunion 2010: Percutian Pulau Redang (eps 3)

Latest News!!!

Tarikh akhir booking untuk Reunion Alumni KAC adalah pada 24 Januari 2010. Ini untuk memudahkan saudari Nieta uruskan facilities dan accomodation awal di Terengganu (April, May, Jun adalah peak period di Terengganu). Segala perbelanjaan dan urusan keluar masuk duit akan dibentangkan saudara Miqdad, Sabtu malam sebelum BBQ berlansung. (sapa yang nak volunteer buat audit dialukan)

Bagi yang nak buat booking sila berhubung dengan saudara Miqdad di talian 012-36 44 76 2.

Jangan sampai tertinggal! =)

Tahniah Pn Suhaila!

Semalam kami telah melakukan ziarah pertama sempena kelahiran baby boy kedua Pn Suhaila. Wajah cerianya tampak jelas dengan kelahiran kami walaupun agak kepenatan setelah majlis kenduri hari sebelumnya.

Nama baby boy kedua ini jika tak silap dengar adalah Iqbal Hakim ... Yang pertama pula Ariff ... (terlupa lak =p)

Apa pun kenangan lama terawang2 dalam ziarah ini dengan hampir2 Hanim berdiri atas kerusi kerana kedegilan dia. Hahaha..

Hampir 3Jam bertandang kami pulang dengan senyuman kerana tali persaudaraan antara student dan lecturer semakin erat dan tidak terputus dek Majlis Konvokesyen =)

Tahniah Pn Suhaila!

Monday, November 16, 2009

Jemputan Perkahwinan Md Haireen Md Busari

Halluuu semua!!

Diumumkan Jemputan Wali Cari Jodoh...Opss silap!! Jemputan Walimatul Urus laa..huhuhu
Erm....Md Haireen Md Busari @ lebih glemer dgn panggilan AWA bakal melangsungkan perkahwinan beliau bersama si pengarang jantung hati dup dap dup dap yg bernama Nor Dalina Bte Mohd Rosli

Majlis akan berlangsung pada 6 December 2009 bersamaan dgn Hari Ahad beralamat di No 43A, Kg Parit Puteri Menangis(betul ke ni?), 82200 Benut Pontian,Johor Darul Takzim...... No h/p utk dihubungi : 012-2805209... So kami di Blog Alumni KAC telah diinform oleh Haireen via email supaya menghebahkan perkara ini kepada sedara2 sekalian....

And kepada semua sahabat KAC yang mengenali beliau, dijemput hadir ke majlis tersebut di atas bg memeriahkan lagi majlis ini...Terima kasih and kami di Blog Alumni KAC sentiasa mendoakan kebahagiaan beliau,selamat menempuhi alam baru ya Awa and semoga perkahwinan ini kekal hingga ke hujung nyawa....Amin....

Yang pasti selepas ni Puteri takkan menangis ya kwn2,huhuhu:-)

Assalamualaikum and babaiii semua!!!

Friday, November 13, 2009

Reunion KAC 2010 - Percutian Ke Terengganu- (Episod 2)

Assalamualaikum semua!
Halluuu kwn2,sdg buat ape tuuuuuu? Erm,jgn buat yang tidak2 tau! Huhuhu.....
Oklah,episod kali ni,kite nak sambung cerita berbangkit psl isu Reunion KAC ke Terengganu yang khabarnya bakal berlangsung Bulan Mei next year.... Confirm date nak ke sana adalah pd 14-16 Mei 2010 iaitu pd hari Jumaat hga Ahad.... So kat sini,kami nak mintak jasa baik Tuan2 & Puan2 sekalian agar dpt memberikan sepenuh kerjasama kepada kami agar segalanya dpt berjalan dgn jayanya..... Sila sahkan kehadiran anda before end of January 2010 untuk memudahkan kerja2 kami dlm membooking boat utk mencandat sotong, membooking homestay and yang sewaktu dgn nya....
And kepada yg betul2 rase dirinya seorang yg berkomitmen dgn program ini, sila hubungi Saudara Ahmad Miqdad Mohsin di talian 012-3644762 or just email him at (mostwantedmale85@yahoo.com.my) Sebarang pertanyaan, komen atau cadangan,sila rujuk kpd no tel or email berikut..
hp: 019 2095777-NIETA (nieta_abadiey@yahoo.com)
hp: 012 3981016- Bro Mazli (ilzam06@yahoo.com)
@ rujuk kpd Abe Miqdad sendiri di alamat emel and no hp di atas....
Salam jumpa lagi,selalulah jenguk2 kat sini yer sbb any updates akan cuba di updatekan kat sini.....
Assalamualaikum and babaii..........

Friday, November 6, 2009

Reunion KAC 2010 - Percutian ke Terengganu (eps 1)

Salam n hai3! =)

Apa khabar teman2?

Okai, kite bercerita kembali mengenai plan prog kita ke Tganu. Sepakat setelah teliti anak bulan dan turun naik mentari kita akan berangkat pada tarikh 7-9 hb Mei 2010 / 14-16 hb Mei 2010. Kemungkinan teramat besar adalah menggunakan bas udara (airbus)

Kos guna pesawat lebih rendah dari kita sewa bus atau naik kereta masing2. Untuk itu, sapa yang teruja nak pergi boleh komfemkan untuk abe miqdad siap2 booking tiket ke sana. Di sana kita akan sewa van atau bus untuk pusing2 sekitaran.

Mengikut jadualnya, sabtu malam bawa ke ahad kita semua akan termenung tengah laut untuk aktiviti utama, candat sotong.

Kos RM300+- (makan, minum, perjalanan, tempat tinggal, sewe bot). Tapi semua sendiri2 k sebab ni bukan prog sekolah. teman2 dah besarkan? ;p Kumpul duit siap2 yer... Sapa2 nak pergi leh cek no abe miqdad dan booking nama siap2 ye!

K, jumpe lagi. Wassalam =)

Thursday, October 22, 2009

Selamat Berangkat kepada Bakal Haji Alumni KAC

Saya mewakili seluruh alumni KAC disini ingin mengucapkan selamat menunaikan haji kepada saudara kita Khairul Anuar atau lebih dikenali abang nuar. Selamat pergi dan balik kepada Anuar. Beliau akan berangkat ke tanah suci jam 3.30 pagi di KLIA pada 23 Oktober 2009.

Alumni KAC mendoakan semoga Anuar diberi kesihatan secukupnya dan mendapat Haji yang mabrur. InsyaAllah =)

ps. sapa2 ada gambar anuar untuk dikongsi?
pss. saya akan berjumpa anuar malam ini di Tabung Haji Kelana Jaya. Siapa yang berhajat boleh join yer..
psss. Hii.. Iklan sebentar... Jom kita menabung dengan Miqdad untuk Reunion 2010 - Percutian Pulau Redang =)

Tuesday, October 20, 2009

Percutian ke Pulau Redang

Salam teman,

Alumni KAC (suka2 letak prog Alumni KAC) telah merancang Reunion 2010 'Percutian ke Pulau Redang'. Dijangka pada April 2010 selepas hampir kesemua IPT selesai Peperiksaan Akhir. (ramai sangat alumni KAC yang sambung belajo)=)

Mengikut rancangan kedai mamak atas KUIS, kita angkat mencandat sotong 1malam, terjun snookling 8jam dan pusing Pulau Redang dan Terengganu 2Hari.

Anggaran kos per kepala adalah RM200 (hanya untuk tempat tinggal, bot dan kos pengangkutan beserta tempat tinggal mungkin). Kos yang lain ditanggung sendiri yer. Boleh lah simpan2 lebih sikit yer. So, ini adalah percutian suka2, sapa2 nak bawa sedara mara, mak, ayah, adik2 comel boleh bawa sekali ye..

Boleh simpan duit sehari 30sen selepas ini (tak sponsor dari KUIS daa). Boleh buat akaun dengan Abe Miqdad RM30.00 sebulan. Hii... Harap mendapat sambutan yang besh dari teman2..

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Koordinator Reunion 2010, Abe Miqdad 012-364 4762.

Jom Cuti2 KAC!

Wednesday, August 26, 2009

Majlis Berbuka Puasa 2009

Salam Ukhuwah,

Sahabat kita saudara Naim (2003-2006) telah merancang untuk mengadakan pertemuan berbuka puasa Sabtu ini, 29 Ogos 2009, di Restoran Nelayan, Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, ada juga yang nak buat kan. So, ada sapa2 berhasrat nak pegi? Saya rase buffet di sana dalam RM30+ sahaja. Boleh lah hubungi saudara naim di talian hangat 019-2513678 untuk tempahan =)

Jom kita meriahkan majlis ini!

Thursday, August 20, 2009

Anak Buah Sudah Ramai =)

Salam, rakan2 KAC sekalian..

Tahun ini ramai betul kahwin yer. Tak kurang juga yang sudah melahirkan anak. Wah, bertambah besar keluarga kita. Semua pun dah tua jadi pakcik dan makcik. Hehe..

Berita terbaru, Norhayati (Yati Sabah) 2003-2006 sudah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel pada 14 Ogos 2009. Kedua2 mereka sihat dan selamat. Sesiapa yang nak melawat boleh lah contact admin nanti yer. Rumah Yati yang selesa dipanggil ibu ini di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. =)

Berita yang agak lama tapi masih segar lagi adalah lahirnya anak lelaki pasangan Miqdad dan Hanim (2003-2006) pada 25 Jun 2009. Bakal menjadi pemain bola sepak professional kata ayahnya kerana mempunyai sepasang kaki yang kuat. Kita harap menjadi kejayaan dan kebanggan KAC.

Pengumuman buat semua,
Tina Karni (2003-2006) akan melansungkan perkahwinannya pada 26 Sept 2009 di Pasir Putih, Kelantan. Kepada mereka yang berminat boleh lah hubungi admin untuk kita sama2 arrange konvoi/rombongan ke sana. Dengan semangat hari raya pada masa terbabit, bolehlah kita pusing2 rumah teman2 disana.

Okey, sama situ sahaja. Chiaro =)

Thursday, June 11, 2009

Reunion KAC 2009

Salam Teman,

Sungguh mendukacitakan program reunion kita pada tahun ini terpaksa ditunda (dibatalkan). Penundaaan (pembatalan) ini terpaksa dilakukan kerana kurangnya penyertaan dari teman2 alumni. Minima yang diperlukan untuk menggunakan kemudahan di kem adalah 40 orang.

Pihak own and the gang akan cuba untuk mendapatkan slot pada akhir tahun ini iaitu December 2009. Diharap permohonan itu berjaya. Apa yang paling penting, sambutan diharapkan sekiranya berjaya mendapatkan slot pada waktu tersebut.

Sehingga berjumpa lagi!

Monday, May 25, 2009

Reunion KAC 2009 - 12-14 Jun 2009 / eps 3

PROGRAM RE-UNION 2009
Batch 03*** 04*** dan 05***

TENTATIF PROGRAM

JUMAAT
02.30pm - 04.00pm - Berkumpul di KUIS.
04.00pm - 04.30pm - Ucapan dari Pensyarah Perakaunan.
04.30pm - 05.00pm - Solat Asar
05.00pm - 06.00pm - Bertolak ke Kem Asli Adventure, Pangsun.
06.00pm - 07.00pm - Makan dan Persiapan Solat Maghrib
07.00pm - 08.00pm - Solat Maghrib dan Sesi TaĆ¢€™aruf (ringkas)
08.00pm - 09.00pm - Solat Isyak dan persiapan Program 1.
09.00pm - 12.00pm - Night Tracking
12.00am - 06.00am - Minum Malam dan Tidur

SABTU
06.00am - 08.00am - Solat Subuh, Makan dan Persiapan Program 2.
08.00am - 12.00pm - Aktiviti Program 2
12.00pm - 02.00pm - Rehat , Makan Tengahari dan Solat Zohor
02.00pm - 04.00pm - Program 3 (Indoor Game)
04.00pm - 05.00pm - Rehat dan Minum Petang
05.00pm - 07.00pm - Sukaneka dan Persiapan Solat Maghrib
07.00pm - 08.30pm - Solat Maghrib, Santai, Solat Isyak dan Persiapan Program 4
08.30pm - 12.00pm - Aktiviti Program 4 (Barbeque)
12.00am - 06.00am - Tidur.

Ahad
06.00am - 07.30am - Solat Subuh, Sarapan dan Persiapan Program 5
07.30pm - 12.00pm - Aktiviti Program 5
- Tracking ke Waterfall
12.00pm - 01.30pm - Bergerak kembali ke Kem.
01.30pm - 02.00pm - Solat Zohor dan Persiapan Pulang
02.00pm - 03.00pm - Penutup dan Bersurai

Tentatif program ini tertakluk kepada keadaan. Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Pada batch 03 yang ingin ke Majlis Perkahwinan Rumah Ina akan pergi pada Jam 12. Batch lain akan pergi bersama bergantung pada perbincangan.