Announcement

To all beloved frenz! Whoever want to post any information, you are pleased to do so by email to admin at alumni.kac@gmail.com.
Best remind! We will not edit your posting. Please do proper posting before you email to admin.
Thank you!

Thursday, October 22, 2009

Selamat Berangkat kepada Bakal Haji Alumni KAC

Saya mewakili seluruh alumni KAC disini ingin mengucapkan selamat menunaikan haji kepada saudara kita Khairul Anuar atau lebih dikenali abang nuar. Selamat pergi dan balik kepada Anuar. Beliau akan berangkat ke tanah suci jam 3.30 pagi di KLIA pada 23 Oktober 2009.

Alumni KAC mendoakan semoga Anuar diberi kesihatan secukupnya dan mendapat Haji yang mabrur. InsyaAllah =)

ps. sapa2 ada gambar anuar untuk dikongsi?
pss. saya akan berjumpa anuar malam ini di Tabung Haji Kelana Jaya. Siapa yang berhajat boleh join yer..
psss. Hii.. Iklan sebentar... Jom kita menabung dengan Miqdad untuk Reunion 2010 - Percutian Pulau Redang =)

Tuesday, October 20, 2009

Percutian ke Pulau Redang

Salam teman,

Alumni KAC (suka2 letak prog Alumni KAC) telah merancang Reunion 2010 'Percutian ke Pulau Redang'. Dijangka pada April 2010 selepas hampir kesemua IPT selesai Peperiksaan Akhir. (ramai sangat alumni KAC yang sambung belajo)=)

Mengikut rancangan kedai mamak atas KUIS, kita angkat mencandat sotong 1malam, terjun snookling 8jam dan pusing Pulau Redang dan Terengganu 2Hari.

Anggaran kos per kepala adalah RM200 (hanya untuk tempat tinggal, bot dan kos pengangkutan beserta tempat tinggal mungkin). Kos yang lain ditanggung sendiri yer. Boleh lah simpan2 lebih sikit yer. So, ini adalah percutian suka2, sapa2 nak bawa sedara mara, mak, ayah, adik2 comel boleh bawa sekali ye..

Boleh simpan duit sehari 30sen selepas ini (tak sponsor dari KUIS daa). Boleh buat akaun dengan Abe Miqdad RM30.00 sebulan. Hii... Harap mendapat sambutan yang besh dari teman2..

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Koordinator Reunion 2010, Abe Miqdad 012-364 4762.

Jom Cuti2 KAC!