Announcement

To all beloved frenz! Whoever want to post any information, you are pleased to do so by email to admin at alumni.kac@gmail.com.
Best remind! We will not edit your posting. Please do proper posting before you email to admin.
Thank you!

Thursday, August 19, 2010

Berbuka Puasa 2010 Di Buffet Ramadhan KGPA

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Apa khabar rakan2 semua? Masih kuat berpuasa atau sudah ada yang apply cut? hehehe...

So, staright to the point..
Seperti tahun2 yang sudah, tahun ini rakan2 kita sudah decide untuk berbuka di KGPA, Bukit Kiara pada 28 Ogos 2010. Ada kelapangan pada tarikh tersebut? Harap2 tahun ini penyertaan semakin bertambah. Lagi ramai lagi meriah!

Dengan 200 menu terbuka dan deretan gerai2, memang menarik buffet KGPA ini. Harga cukup berpatutan, murah dibanding dengan buffet lain, RM48+ sahaja. Yang menariknya RM1 akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. Sambil makan tak sengaja lak buat amal kan.. hehehe..

(click image to enlarge)

untuk info lanjut berkenaan buffet KGPA, KLIK

Sesiapa yang ingin turut serta boleh hubungi :

Khairun Naiem : 019 - 251 3678 / 012 - 312 9417

Keagungan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Tuesday, August 3, 2010

Kelainan Alumni KAC untuk Ramadhan 2010

Eh, Eh, Eh, bulan pose nak dekat lah! =)

sy ada planing nak buat kelainan sikit bulan pose nih. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Pe kelainannya? InsyaAllah jika rame bersetuju untuk joinventure kita akan berbuka bersama anak yatim dan fakir miskin bulan nih. Satu ahli yang join akan menaja seorang anak yatim. MasyaAllah, pahalanya double triple beb.. Amacam? Best tak?

Untuk komen2 boleh msg / calling:

Khairun Naiem - 019 - 251 3678 / 012 - 312 9417

Sunday, July 25, 2010

Majlis Hari Raya 2010 bersama KAC

Assalamualaikum semuaa....

Terlebih dahulu diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yg bakal menjengah kita semua lebih kurang 15 hari lagi drp kami di KAC..semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua InshaAllah.....

Oh ya, utk pengetahuan sahabat2 sekalian, KAC bakal menganjurkan MAJLIS HARI RAYA 2010 bersama bekas2 pelajar Perakaunan dan majlis tersebut bakal diadakan di KUIS....

Tarikh dan acara program masih lagi dalam perbincangan dan pihak KAC amat mengalu2kan sebarang cadangan drp anda semua utk memantapkan lagi majlis ini. Cadangan berkaitan dengan tarikh, acara program dan lain2 lagi yang dirasakan bersesuaian dgn majlis kita nanti boleh lah diusulkan kpd admin di alamat email (alumni.kac@gmail.com)....

Sekian dahulu utk kali ini, sehingga berjumpa lagi dan Selamat Berpuasa semuaaa!!!






Friday, June 25, 2010

Farhaini Binti Ismail Bertunang 26/06/2010

No 7, Jalan 4C/4, Taman Kelisa, Ulu Yam Baru

Salam...

Hah, pelik sume tengok map kat atas. Apa jadahnya tibe2 admin post map nih?? =p
Ini lah dia map ke rumah Farhaini Binti Ismail.

Farhaini @ Farah kecik akan bertunang esok 26/06/2010 dengan saya.. Waaaaaa (kecewe). =p
Pada teman2 yang ingin bertandang bolehlah plan hari ini k. Majlis dari jam 12tgh - 5 petang (lamenyer!)

Tuesday, June 1, 2010

Laporan Percutian ke Terengganu & Kelantan (28-30 Mei 2010)


Salam,

Alhamdulillah, rombongan percutian ke terengganu & kelantan selamat pada 28-30 Mei 2010 berlansung dengan jayanya.. Sungguh hebat dan puas hati.. !

InsyaAllah, akan ada lagi event yang seumpanya di masa akan datang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula di R & R Genting pada jam 1 pagi. Setelah semuanya ada kami bertolak menuju ke terengganu. Perjalanan malam dan berkabus tebal kami harungi dengan selamat dan gembira.

Rombongan selamat tiba di Rumah Nieta pada jam 9 pagi. Terima kasih kepada Nieta dan keluarga kerana menyambut kami dengan ramah. Sempat kami menjamah bihun goreng yang di buat oleh nieta dan mengabiskan air telaga rumah nieta (kami tumpang mandi rumah nieta).

Seterusnya kami berangkat ke Kelantan setelah tidak berpuas hati dengan accomodition yang disediakan homestay di Terengganu. Banyak tempat kami lawati di Kelantan selama 2hari kami disini.

Jumaat malam 28/5/2010 kami ke Wakaf Che Yah - makan dan bershoping. Yei, agak murah disini bila ada translator Fadli dan Nieta =)

Sabtu 29/5/2010 - kami berangkat ke Rantau Panjang (shoping lagi) dan Pasar Siti Khadijah (juga shoping) sebelum makan malam di rumah mertua Nuar (seram jalannya). Kemudian kami melhap ikan bakar di Pasar Puteh.

Sebelum berangkat pulang pada hari Ahad 30/5/2010, kami singgah di Pasar Payang, Terengganu untuk shoping batek dan Kampung Keropok Losong, beli keropok losong (murah 1-20 sen) & melawat Masjid Kristal. Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di Marang, terengganu makan Ikan Bakar untuk mengisi perut & menikmati pemandangan matahari terbenam.

Rombongan kami selamt tiba di Tol Genting pada jam 3pagi. Alhamdulillah, semua rakan2 selamat tiba di rumah masing2.

Rombongan merakam setinggi penghargaan kepada 2 sahabat kami Fadli dan Nieta kerana bertungkus lumus memastikan event ini berjaya.

Sekian, terima kasih kepada semua kawan2 yang terlibat =)

sahabat yang bersama: Mazli, Fadli, Naim, Azmil, Ida, Nieta, Miqdad, Hanim, Nuar, Ila (isteri nuar), Adam (anak Nuar)

p/s insyAllah, dengar bisik2 akan ada event bulan Syawal nanti =)

Monday, April 12, 2010

Percutian ke Pantai Timur Makin Hampir

Salam to all frens.. =)

Bgaimana persiapan semua untuk percutian kali ini. Semakin dekat dengan tarikh semakin berdebar. Tak sabar rasenyer nak berkumpul dengan semua kembali. Sedikit pesanan, duit gaji bulan ini simpan2 lah untuk bershopping de Kelantan nanti =)

Update untuk semua: Kita akan bergerak dari Selangor ke Pantai timur Jumaat pagi dan bermukim di Terengganu sebelum berangkat ke Kelantan pagi sabtu. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang perjalanan percutian kita nanti k.

Jumpa Semua di sana.. =)

Monday, February 1, 2010

Walimatul Urus - Perkahwinan Hani Melaka

Salam.....

Jemputan kahwin lagi! Saya dan mungkin rakan2 dah terima jemputan kad dari teman alumni kita Nurhani. BMajlisnya akan berlansung pada 13 Februari 2010 di Melaka. Jom kita luangkan sedikit masa untuk memeriahkan majlis. Pastu leh pusing2 bandar Melaka pulak sambi; mengimbau kenangan lama. =)

buat yang xkenal atau lupa siapa hani... cube bedah siasat gambar bawah nie =)

Wednesday, January 27, 2010

Reunion 2010: Percutian Pulau Redang (eps 4)

Salam.. Road to our Reunion makin hampir. So, pihak admin nak confirmation yang seconfirmnya.

Siapa yang confirm join sila sms ke Miqdad 012-3644762...
Saudara Miqdad dan Nieta nak booking place dan aturkan yang terbaik untuk alumni.

Atucara yang dibincangkan:

Jumaat bergerak ke Terengganu----
Aktiviti besar Candat Sotong dari petang Jumaat ke Sabtu pagi di tengah Laut China Selatan----
Selepas iti bergerak ke Homestay dan berehat-----
Petang Sabtu aktiviti bebas, pusing Terengganu dan penyediaan BBQ-----
Malam hari pelbagai aktiviti dan BBQ sehingga lewat pagi-----
Ahad pagi Pusing2 Terengganu dan pulang-----

Sebarang cadangan dipertimbangkan

Sebarkan kepada umum. Tq =)

Monday, January 4, 2010

Reunion 2010: Percutian Pulau Redang (eps 3)

Latest News!!!

Tarikh akhir booking untuk Reunion Alumni KAC adalah pada 24 Januari 2010. Ini untuk memudahkan saudari Nieta uruskan facilities dan accomodation awal di Terengganu (April, May, Jun adalah peak period di Terengganu). Segala perbelanjaan dan urusan keluar masuk duit akan dibentangkan saudara Miqdad, Sabtu malam sebelum BBQ berlansung. (sapa yang nak volunteer buat audit dialukan)

Bagi yang nak buat booking sila berhubung dengan saudara Miqdad di talian 012-36 44 76 2.

Jangan sampai tertinggal! =)